Promosi Dystopia: Road to Utopia

Syarikat Dreamcatcher melaporkan bahawa Dystopia: Road to Utopia menduduki tangga teratas iTunes Top Albums charts di 16 wilayah di seluruh dunia, termasuk Sepanyol, Rusia, Sweden, Norway, Kanada, Mexico dan Brazil. Album mini ini menduduki peringkat ke 10 teratas di 35 wilayah di seluruh dunia, termasuk No. 2 di wilayah seperti Amerika Syarikat, Jerman, Australia, Denmark dan Belanda. Pada carta muzik domestik, "Odd Eye" berada di kedudukan ke-6 di Genie dan semua lagu dari album berada di kedudukan No. 1 hingga No. 5 di Bugs.[4]

Pada 30 Januari, Dreamcatcher Company mendedahkan bahawa album mini keenam mereka Dystopia: Road to Utopia telah terjual lebih dari 60,000 salinan hanya dalam tiga hari (menurut statistik Hanteo Chart), dan penjualan pada hari perilisan telah melampaui penjualan minggu pertama album mini sebelumnya, Dystopia: Lose Myself.[5]